Alia:
Gadis pintar berjiwa pejuang, tekun mencari ilmu agama, mahu menghiasi diri dengan semua ciri seindah bidadari persis Aisyah, kekasih Nabi.
Impian:
Nak nikah dengan lelaki yang alim, warak boleh jadi pembimbing, teman seperjuangan meninggikan kalimah Allah serta pelengkap harapan ideal yang sudah lama tersemat di hati
Solehuddin Ayub:
Lelaki biasa jurutera di syarikat kecil yang, cukup syarat seorang Muslim tetapi sekadar itu. Suka pergi karaoke dengan geng-geng, main game siang malam, berjihad juga tapi di alam maya – counter strike! Main facebook bagai nak rak, bergambar merapu tak usah cerita, fanatic bola MU selamanya, tapi anak yang baik kesayangan ibunya. Terpesona dengan keredupan wajah Alia dan berniat menikahinya.
Masalahnya di mana?
Masalahnya sebab Alia sangka dia akan menikahi lelaki sehebat Solehuddin Al-Ayubi, sekaligus, gantian yang lebih baik yang dihantar Tuhan dari syurga buat mengganti kehilangan Haqqan Muslim lelaki impiannya. Rupanya, lelaki ini cuma seorang jejaka biasa bernama Solehuddin bin Ayub., yang tidak sesoleh Solehuddin Al-Ayubi. Jauh teramat-amat jauh. Mimpi lah~
Solehuddin pula tak sangka si redup di mata, bukan sekadar puteri, tapi serikandi.
Betul ke mimpi? Orang kata don’t judge a book by its cover. So, don’t.
Cerita tentang suratan yang terlihat seperti satu kebetulan, tetapi merungkai sebuah harapan, peluang, rencana manusia yang selari dengan rencana Tuhan, lebih dari itu membuktikan:
orang yang mahu menjadi baik,
jika diberi peluang menjadi baik,
boleh menjadi yang terbaik.